Tawar jual buah pinggang untuk bantu ibu, adik

on 19 Ogos 2013

Riyadh: Seorang wanita menawar menjual buah pinggangnya untuk membantu ibu dan adiknya yang sakit.
Umm Ahmed berkata, keluarganya mungkin terpaksa keluar dari rumah mereka dan hidup melarat kerana tidak mampu membayar sewa.

Menurutnya, ibunya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepala sementara adiknya yang sudah beristeri tidak bekerja akibat menghadapi tekanan mental.
“Ibu, adik saya dan anak-anaknya mungkin terpaksa hidup di tepi jalan selepas tuan rumah mengancam mengusir mereka jika tidak membayar sewa,” kata Umm Ahmed kepada akhbar Al Weam.

“Saya sanggup menjual buah pinggang saya untuk mendapatkan wang bagi membiayai rawatan adik saya dan memastikan ibu saya mempunyai tempat untuk berteduh,” kata wanita itu.

Laporan akhbar itu bagaimanapun tidak menyebut tempat tinggal Umm Ahmed.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved