Tandas meletup

on 26 Ogos 2013

Beijing: Sebuah tandas mewah ala Jepun atau “washlet” yang dibeli satu keluarga di Dongguan, wilayah Guangdong meletup baru-baru ini.
Akhbar Southern Metro Daily semalam melaporkan, keluarga Liu bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Mereka yang pulang kira-kira jam 9 malam mendapati pangsapuri mereka mempunyai kesan abu dan bau terbakar yang datang dari arah bilik air.
“Saya membuka pintu dan dalam rumah diselubungi asap hitam dengan bau plastik terbakar. “Saya berundur kerana tidak tahan dengan bau hangit itu,” kata isteri Liu. Bilik air di kediamannya rosak teruk dengan dipenuhi jelaga dan sisa tandas yang meletup itu.

Polis menganggarkan tandas elektronik itu meletup antara jam 6 petang hingga 9 malam. Keluarga itu juga bernasib baik kerana letupan menyebabkan paip air bocor dan secara tidak langsung memadamkan api sebelum ia sempat marak.

Siasatan awal mendapati kerugian dialami keluarga itu akibat letupan tandas itu ialah 300,000 yuan (RM161,881). Syarikat Dongpeng yang mengeluarkan tandas itu mendakwa model dimiliki keluarga Liu tidak lagi dikeluarkan.
Foto
KEADAAN tandas ala Jepun milik keluarga Liu yang meletup.
“Kejadian sedemikian tidak pernah berlaku,” kata jurucakap syarikat itu. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved