Tak henti susu anak 5 tahun

on 12 Ogos 2013

London: Seorang ibu Samantha Williams percaya bahawa menyusukan anak ialah cara terbaik untuk memastikan mereka membesar secara sihat.
Justeru dia menyusukan sehingga kini kekal dengan amalan itu dan memberikan ketiga-tiga anaknya - termasuk yang sudah berusia lima tahun - mendapat susu badannya.
Media semalam melaporkan Samantha, 42, biasanya menyusukan dua anaknya serentak dan seorang lagi terpaksa menunggu giliran. 

Kata Samantha, dia akan menggilirkan Trevor, 5, atau anak perempuannya, Claire, 3, untuk menyusu bersama-sama dengan adik mereka, Ethan yang baru berusia tujuh bulan.

Samantha mendedahkan teknik penyusuannya itu berikutan berita melaporkan bahawa Duchess of Cambridge, Kate Middleton menyusukan bayinya, Putera George yang dilahirkan baru-baru ini.

“Ia lebih kepada mempromosi penyusuan badan berbanding perkara lain yang dikatakan doktor atau pakar ibu bapa di seluruh negara,” katanya. 

Samantha tetap dengan amalan itu walaupun ditegur berkali-kali. 

Rakan dan keluarga mengkritiknya kerana mendakwa kanak-kanak yang sudah lebih usia patut berhenti menyusu badan beberapa tahun lalu, manakala pelayan di restoran turut tidak senang dengan perbuatan itu. 

“Saya tidak menutup tubuh dengan kain. Saya secara terang-terangan menyusukan mereka. Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi saya hanya percaya ia perbuatan semula jadi,” katanya. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved