‘Suami mati bukan sebab kerana karaoke’

on 05 Ogos 2013

Bangkok: Bekas isteri kepada pelancong Amerika Syarikat yang ditikam mati minggu lalu menolak dakwaan polis Krabi bahawa serangan terhadap bekas suaminya berpunca daripada pertengkaran mengenai permintaan karaoke.
Ahli perniagaan dari Texas, Bobby Ray Carter Jr, 51, meninggal di hospital selepas dia ditikam dengan batang besi ketika pergaduhan di luar bar tepi pantai di Ao Nang awal Rabu lalu.

Carter berada di Thailand bersama anak lelakinya hasil daripada perkahwinan pertamanya, Adam Carter, 27, dan isteri barunya, Kelly. Polis Khamis lalu berkata, berdasarkan hasil siasatan awal, Carter mabuk dan mula menyanyi dengan kugiran di bar itu serta enggan meninggalkan pentas ketika pelanggan lain mahu menyanyi.
Ketua Polis Krabi, Taksin Pochakorn berkata, saksi melihat Carter berang apabila kugiran itu memainkan lagu Hotel California dan bukannya lagu yang dimintanya. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved