‘Struktur haram aneh’ diarah roboh

on 14 Ogos 2013

Beijing: Kemegahan yang dirasai seorang pemilik syarikat perubatan membina vila mewah di atas blok pangsapuri di China nampaknya tidak dapat bertahan lama.
Selepas menghabiskan masa enam tahun membina “struktur haram paling aneh” itu pihak berkuasa China kini memberi tempoh 15 hari kepada ahli perniagaan terbabit untuk merobohkan bangunan berkenaan. 
Kompleks kediaman terdiri daripada beberapa bilik dan dihiasi batu-batan, pokok dan belukar di atas bangunan pangsapuri 26 tingkat itu kelihatan seperti kediaman di tanah tinggi pinggir laut. 

Ia juga menjadi simbol terkini pengingkaran undang-undang di kalangan golongan kaya, selain bukti berleluasanya pembinaan tambahan haram di Beijing.
Foto
BINAAN vila persendirian secara haram di atas bumbung bangunan pangsapuri 26 tingkat di Beijing, China.

Penduduk setempat berkata mereka sudah membuat aduan selama beberapa tahun lalu kerana rumah agam berkeluasan 800 meter persegi itu yang tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan.

Ia juga merosakkan struktur bangunan serta sistem paip pangsapuri berkenaan. 

Proses ubah suai vila itu dikatakan berlangsung selama bertahun-tahun dan pemiliknya pula sangat sombong kerana tidak menghiraukan aduan orang ramai. - AP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved