Sorok dadah dalam gigi palsu

on 02 Ogos 2013

Huntsville: Seorang bakal pengantin menyembunyikan dadah methamphetamine dalam gigi palsunya untuk memberikan dadah berkenaan kepada tunangnya di sebuah penjara di sini.
Brita West berada di penjara untuk menemui tunangnya, Willard Tinch yang ditahan di penjara itu. 
Ketika diperiksa dia bertanya bagaimana dia boleh mencium Tinch, lapor agensi berita tempatan WBIR. 

Pegawai bertugas menyedari dia berdepan dengan masalah untuk melekapkan gigi palsunya sebelum memeriksa dan menemui bungkusan dadah di dalam gigi palsunya.

Brita yang berdepan tuduhan memiliki dan cuba menyeludup dadah ke institusi kerajaan ditahan Selasa lalu.

Dia dihadapkan ke mahkamah kelmarin. Mahkamah melantik peguam untuknya selepas dia gagal membayar ikat jamin AS$$25,000 (RM81,062). - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved