Snowden kini diburu cinta

on 04 Ogos 2013

New York: Selepas dapat mengelak daripada ditahan dan didakwa di AS, bekas perisik Edward Snowden terus menjadi ‘buruan’ walaupun kali ini dalam bentuk yang sama sekali berbeza.
Disifatkan sebagai ‘lelaki paling dikehendaki di dunia’ Snowden kini diburu dengan tawaran kerja daripada pelbagai majikan.

Tidak cukup dengan itu Snowden, 30, juga diburu wanita yang masih mencari cinta.
Pembocor maklumat Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) itu sebelum ini menghabiskan masa selama 39 hari di kawasan transit lapangan terbang Moscow bagi mengelak diekstradisi ke AS sebelum Russia tampil memberikan perlindungan kepadanya kelmarin.

Peguam Snowden, Anatoly Kucherena mendedahkan beberapa wanita cuba untuk menghubungi lelaki Snowden untuk mendapatkan cintanya.

Bagaimanapun, kata Kucherena, Snowden itu tidak terpengaruh dengan tawaran berkenaan.
Foto
SNOWDEN (dua dari kiri) ditemani Kucherena (dua dari kanan), penyelidik perundangan untuk WikiLeaks, Sarah Harrison (kiri) dan pembantu Kucherena, Valentina berjalan keluar dari Lapangan Terbang Sheremetyevo di Moscow, Russia kelmarin.
Menurut Kucherena yang dianggap seorang daripada peguam terkemuka di Russia itu, Snowden masih menyayangi dan merindui teman wanitanya. “Dia mendapat banyak tawaran termasuk daripada wartawan yang ingin bekerjasama dengannya.

“Setiap tawaran yang datang saya maklumkan kepada Snowden dan dia yang membuat keputusan sendiri,” katanya. Sementara itu, populariti diraih Snowden di kalangan wanita tempatan diyakini tidak akan meredakan ketegangan hubungan diplomatik di antara Russia dan AS. Duta Britain ke Moscow dari 1995 hingga 2000, Andrew Wood berkata Russia menghina AS dengan memberikan perlindungan sementara kepada Snowden sebagai membalas serangan diplomatik terhadap rekod hak asasi kemanusiaannya.
sumber ; mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved