Samun samurai

on 17 Ogos 2013

Petra Jaya: “Saya panik apabila anak lelaki bongsu berusia 11 bulan tiba-tiba terjaga dan terus merangkak ke arah perompak menyebabkan saya cuba menenangkan perompak itu supaya tidak panik dan mencederakan bayi saya.
“Saya menuruti arahan mereka (perompak) dengan menyerahkan barang kemas termasuk cincin kahwin kami selain wang tunai asalkan kami tidak diapa-apakan,” kata Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya.
Beliau berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dilalui bersama ahli keluarga selepas kediaman di Petra Jaya Heights, Jalan Sultan Tengah, di sini dimasuki dua lelaki tidak bertopeng bersenjatakan pedang samurai dalam kejadian jam 4.15 pagi, semalam.

Katanya, ketika kejadian, niatnya untuk mempertahankan diri dan keluarga terpaksa diketepikan selepas melihat gelagat anak bongsunya itu meluru ke arah seorang daripada perompak terbabit sebaik terjaga dari tidur.
Foto
SHANTI menunjukkan kecederaan dialami.

“Saya terlalu takut apabila melihat seorang perompak hampir mencederakan anak bongsu kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved