Rosnah Mohd Nor meninggal dunia

on 05 Ogos 2013

Kuala Lumpur: Pelakon popular era 80-an, Rosnah Mohd Nor, 54, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.
Jurucakap HKL berkata, Rosnah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.55 petang di wad Ongkologi HKL kerana menderita pelbagai penyakit termasuk kanser.

Difahamkan, jenazah akan dimandikan di HKL sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ, Subang Jaya.
Pada 28 Februari lalu, Harian Metro melaporkan, Rosnah dimasukkan ke HKL sejak 18 Februari lalu selepas tulang pada bahagian paha kanannya patah akibat komplikasi pelbagai penyakit, termasuk kanser.

Rosnah sebelum ini berhadapan pelbagai penyakit sejak beberapa tahun lalu dan pada 2010 menjalani pembedahan berikutan barah yang dihidapnya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved