Potong kemaluan suami curang

on 19 Ogos 2013

Sao Paulo: Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang terhadapnya dengan menjalin hubungan dengan seorang lelaki.
Sebaik mengetahui suaminya bermain kayu tiga, wanita itu tidak bertindak terburu-buru, sebaliknya menanti beberapa hari kemudian, mencadangkan mereka bermain permainan seks yang membolehkan dia mengikat suaminya pada katil mereka.

Ketika lelaki berkenaan baring di atas katil dengan tangan dan kaki diikat, isterinya memotong kemaluannya, lapor stesen televisyen Globo.
Kejadian berlaku di Santos, 77 kilometer ke tenggara Sao Paulo.

Organ itu tidak dapat disambung semula tetapi lelaki itu tidak dalam bahaya. Menurut laporan stesen itu, polis menahan wanita berkenaan untuk didakwa. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved