Polis campak bayi perempuan disiasat

on 19 Ogos 2013

Beijing: Pihak berkuasa China semalam menyiasat seorang anggota polis yang merampas seorang bayi perempuan daripada ibu bapanya dan mencampaknya ke tanah, menyebabkan kepala mangsa retak.
Anggota polis Guo Zengxi yang berkhidmat di bandar Linzhou di wilayah Henan itu dalam perjalanan ke sebuah bar Karaoke selepas minum bersama beberapa rakan bulan lalu apabila melihat seorang lelaki mendukung seorang bayi, diiringi oleh isterinya.

Selepas bertaruh dengan rakannya bahawa bayi itu hanya anak patung, polis terbabit menyentuh mukanya dan merampas bayi itu daripada bapanya sebelum mencampaknya ke tanah.
Bayi itu, Yueyue, cedera di kepala.

Guo yang bercuti ketika kejadian digantung tugas selama 15 hari selepas kejadian tanpa sebarang hukuman tambahan.

Laporan mengenai kes itu mencetuskan kemarahan di laman sosial China menyebabkan pihak berkuasa berjanji untuk menyiasat.
“Kes itu akan disiasat dan tiada belas ihsan diberikan terhadap pesalah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa Linzhou.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved