Pesakit gigi cabut lari

on 15 Ogos 2013

Kuala Lumpur: Sebahagian bangunan sebuah klinik gigi di Taman Sri Rampai, Setapak di sini, musnah dalam kebakaran malam kelmarin menyebabkan kerugian kira-kira RM10,000.
Kejadian jam 8.10 malam itu disedari seorang pembantu klinik yang naik ke tingkat dua bangunan setinggi tiga tingkat itu untuk mengambil keputusan ujian x-ray seorang pesakit.

Difahamkan, selain bilik bagi menjalani imbasan x-ray ia turut menempatkan dua bilik untuk kakitangan klinik berkenaan.
Antara yang musnah termasuk barangan peribadi milik kakitangan, komputer riba, pakaian dan perkakas elektrik.

Pembantu klinik yang hanya mahu dikenali sebagai Indra, 54, berkata, ketika masuk ke dalam bilik berkenaan dia ternampak kepulan asap dan menyangka ada orang sedang membakar colok.

“Pada mulanya saya ingatkan ada orang sedang sembahyang (bakar colok) sebelum terdengar letupan kecil dan api marak.
Foto
KLINIK gigi yang musnah dalam kebakaran.
“Tanpa berlengah, saya turun ke tingkat satu memaklumkan kejadian itu kepada doktor dan beberapa pesakit supaya segera keluar menyelamatkan diri dan terus menghubungi bomba,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Hafni Tamin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 8.17 malam. “Tugas pemadaman dilakukan 38 anggota dari empat balai termasuk Wangsa Maju, Setapak, Titiwangsa dan Hang Tuah dengan menggunakan lima jentera serta tiga unit Gerak Cepat Bermotosikal (RIM).
“Anggota bomba berjaya memadam sepenuhnya kebakaran pada jam 9.05 malam. “Ketika kejadian tiada mangsa yang berada dalam bilik terbabit,” katanya. Menurut Hafni, berdasarkan maklumat saksi, kebakaran dikesan bermula dari sebuah bilik rehat di tingkat dua bangunan itu.

“Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan bagi memastikan punca kebakaran dan kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved