Penyamun karan peniaga

on 06 Ogos 2013

Petaling Jaya: Dua lelaki bukan saja menyamar sebagai polis, malah menggunakan alat renjatan elektrik untuk menyamun seorang peniaga di Kampung Medan, di sini, dan melarikan telefon bimbit serta wang tunai RM1,500, dalam kejadian baru-baru ini.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa berusia 23 tahun berniaga di kedainya apabila didatangi dua lelaki yang mendakwa anggota polis.

Katanya, mangsa dikehendaki mengikut mereka ke balai polis untuk diambil keterangan sebelum dibawa menaiki kereta.
“Sebaik masuk ke dalam kereta, tangan mangsa digari dan dikenakan alat renjatan elektrik menyebabkan mangsa lemah,” katanya.

Sumber berkata, dua lelaki itu meninggalkan mangsa di belakang flat.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved