Pemandu bas salib diri kerana dipecat

on 31 Ogos 2013

Asuncion: Lima pemandu bas yang dipecat majikan dan seorang daripada isteri mereka mempunyai cara tersendiri untuk memprotes tindakan itu dengan menyalib diri sendiri menggunakan paku sepanjang 38 sentimeter.
Protes mengerikan itu berlangsung sejak 20 hari lalu berhampiran sebuah terminal bas di Luque, kira-kira 12 kilometer dari ibu negara Paraguay.

Setiap seorang daripada mereka dibaringkan bersebelahan sebuah keranda kosong dan berikrar untuk terus disalib sehingga pekerjaan lama mereka dikembalikan. Seorang pegawai kesatuan sekerja yang mengetuai protes itu, Juan Villalba berkata, lapan pemandu dipecat selepas mereka menuntut bayaran kerja lebih masa, insurans perubatan serta sumbangan dana pencen. Kelmarin isteri Villalba, Maria Concepcion Candia, 39, menyertai protes itu untuk menunjukkan kebersamaan dengan bekas pemandu terbabit. Villalba berkata, kira-kira 50 pemandu bekerja dengan syarikat bas berkenaan selama beberapa tahun tanpa sebarang perlindungan.
Sesetengah daripada mereka dilaporkan mengalami masalah kesihatan, termasuk demam panas dan kesakitan pada perut dan dada. Empat lagi anggota kesatuan sekerja itu memulakan mogok lapar sejak 36 hari lalu. Sementara itu, pengurus syarikat bas berkenaan berkata, lima pemandu terbabit akan diambil bekerja semula, manakala yang lain diberi pampasan. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved