Najis burung elok untuk kecantikan

on 06 Ogos 2013

New York: Najis burung untuk tujuan kecantikan? Itulah yang ditawarkan sebuah spa mewah yang menggunakan rawatan tradisional Jepun kepada sesiapa yang sanggup membayar AS$180 (RM581) untuk seketul najis burung nightingale Asia import.
Setiap bulan, kira-kira 100 wanita dan lelaki mengunjungi salun rawatan kulit Shizuka tidak jauh dari Fifth Avenue di Manhattan bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

Pengamalnya mendakwa najis burung itu mampu mengekalkan kelembutan serta kehalusan kulit melalui enzim yang ada pada najis berkenaan.
Pemilik spa itu, Shizuka Bernstein berkata proses rawatan digelarnya sebagai Rawatan Muka Geisha bermula sejak lima tahun lalu. “Saya cuba membawa rahsia kecantikan Jepun ke AS selepas mempelajari teknik rawatan ini daripada ibu saya,” katanya. Walaupun secara relatif jarang didapati di AS, rawatan itu sebenarnya biasa di Jepun dan mula diamalkan sejak 1600-an di kalangan pelakon dan geisha.

Kerana itu, kata pemilik spa sekihatan Ten Thousand Waves di Santa Fe, New Mexico, Duke Klauck, golongan warga emas Jepun tetap memiliki kulit yang cantik walaupun sudah berusia lewat. Rawatan di spa Shizuka itu bermula dengan proses membuka liang roma kulit melalui pendedahan kepada wap panas. Kemudian krim disapu sebelum najis burung dilumurkan pada kulit. Najis burung itu dicampur dengan beras dan disapu ke kulit.

Sementara itu, salah seorang pelanggan spa mewah berkenaan berkata, bahan itu berbau seperti “beras dipanggang.” - AP
Foto
PELANGGAN menggunakan teknik rawatan muka geisha di Spa Shizuka.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved