Nafsu besar cikgu renta

on 12 Ogos 2013

Nanchang: Dua guru besar dan seorang penolong guru besar dipecat daripada jawatan mereka ekoran pendedahan skandal pencabulan kanak-kanak membabitkan seorang guru sementara dan tujuh muridnya di Jiangxi, timur China, kata pegawai kerajaan semalam.
Jurucakap kerajaan tempatan Ruichang berkata, guru besar terbabit dan penolongnya bertugas di sebuah sekolah rendah di Jiuyuan. 
Katanya, turut dipecat, seorang guru besar sekolah rendah daerah Shangyuan. 
Sekolah rendah Shangyuan terletak di bawah pengurusan sekolah rendah Jiuyuan. 
Ketiga-tiganya hanya dikenali sebagai Wan, Xiao dan Wen.

Sumber itu berkata, antara September 2012 dan Mei lalu, Tao Biaogong, 62, dikatakan mencabul beberapa kali tujuh kanak-kanak perempuan berusia antara lapan dan sembilan tahun dalam bilik darjah atau bilik rehat Tao.

“Enam daripada murid terbabit dijangkiti penyakit kelamin dan kini dirawat di hospital,” katanya. 

Tao ialah guru yang mempunyai lesen mengajar tetapi dipecat ekoran melanggar polisi perancangan keluarga. Tahun lalu, dia mula mengajar sementara di sekolah berkenaan. 

Tao sudah ditahan polis dan kini masih disiasat. 

Beberapa siri kes pencabulan di sekolah, kebanyakan di sekolah rendah dan menengah terbongkar di seluruh negara tahun ini, mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar dan mendorong pengurusan lebih tegas terhadap kakitangan pendidikan. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved