Lelaki mati jatuh tingkat 10 hotel

on 12 Ogos 2013

Kuala Lumpur: Seorang lelaki terbunuh selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah hotel di Jalan Pahang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, lelaki itu dipercayai terjatuh pada jam 10.20 pagi sebelum ditemui orang awam yang menghubungi ambulans.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota pasukan perubatan yang tiba setengah jam kemudian.
“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan lelaki berusia 36 tahun itu cuba memecah masuk sebuah bilik di hotel berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek yang beralamat di Jalan Genting Klang itu tiada rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui sebuah beg galas yang mengandungi dokumen pengenalan diri.
Selain itu, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian pula menemui sebuah motosikal Yamaha LC disyaki milik lelaki berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran hotel berkenaan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Siera Adib berkata...

agak2 hotel yang mana ni??


Selasa, Ogos 13, 2013

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved