Kumpulan penjenayah curi rambut wanita

on 10 Ogos 2013

Maracaibo: Kebanyakan orang bimbang menjadi sasaran serangan untuk mencuri telefon atau beg tangan mereka.
Bagaimanapun, penjenayah di bandar di Venezuela ini menyasarkan sesuatu yang agak pelik.

Menurut sumber berita tempatan, sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai ‘piranha’ mencuri rambut wanita selepas mengacu pistol pada mereka.
Penjenayah berkenaan kemudian menjual rambut itu kepada salun untuk digunakan dalam menyambung rambut pelanggan.

Wanita berambut lurus dan panjang menjadi sasaran ‘piranha’ itu kerana ia paling banyak permintaan untuk menyambung rambut. Mereka memaksa wanita berkenaan mengikat rambut sebelum memotongnya.

Ia perniagaan yang menguntungkan. Pendandan rambut mengenakan bayaran sehingga RM1,500 untuk menyambung rambut itu pada rambut pelanggan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved