Kelab malam lesen besar

on 25 Ogos 2013

Kuala Lumpur: Seolah-olah mendapat ‘lesen besar’ dan kebal daripada penguatkuasaan, sebuah kelab malam sekitar Kepong, di sini, bukan saja menjadi tumpuan kaki disko untuk berhibur dan terbabit dalam aktiviti maksiat, malah dikesan beroperasi sehingga tengah hari.
Kelab di tingkat lima sebuah pusat beli-belah itu mula beroperasi jam 10 malam sebaik semua lot kedai menutup perniagaan dan berlanjutan sehingga jam 12 tengah hari keesokannya. 
Lebih mengejutkan, kelab itu juga menjadi tumpuan lelaki hidung belang kerana turut menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO). 

Aktiviti tidak bermoral ini dikesan Metro Ahad selepas dihubungi seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Azani, 30, bagi membongkar aktiviti tidak bermoral di kelab itu.
Foto
KELAB malam ini beroperasi mulai malam sehingga tengah hari.

Azani yang bekerja di pusat beli-belah yang menempatkan kelab itu berkata, kegiatan premis berkenaan menjadi buah mulut dalam kalangan kaki disko kerana ia satu-satunya kelab malam di situ.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved