Kekasih bukan suami orang

on 03 Ogos 2013

Selepas menjalin hubungan cinta selama lapan tahun, penyanyi yang popular dengan single Jangan Tanya Aku Lagi, Farawahida akhirnya tampil membuat pengakuan dia bakal bernikah Disember ini.
Namun, pemilik nama sebenar Farawahida Razali, 28, ini enggan mendedahkan identiti sebenar jejaka yang bertakhta di hatinya selama ini.
“Maaflah, belum masanya saya mendedahkan identiti sebenar bakal suami itu kerana ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian. Bukan saya sorok kekasih, sebaliknya saya tidak ingin menguar-uarkan cerita yang belum pasti kerana kalau tidak jadi saya pula yang malu nanti.

“Apa yang saya boleh katakan, dia berusia 29 tahun, seorang yang ringkas dan tidak terbabit dalam bidang seni. Paling penting, dia masih bujang dan bukan berstatus suami orang,” katanya.
Foto

Sebelum ini, Farawahida turut berkongsi kisah percintaannya bersama peminat menerusi laman sosial Facebook miliknya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved