Jel 12 tahun kerana abai ibu

on 02 Ogos 2013

Taipei: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana membiarkan ibunya mati kebuluran hingga mayat wanita tua itu berulat.
Chang Chih-chiang, 36, dijatuhkan hukuman itu selepas didapati bersalah membiar dan menyebabkan ibunya mati, kata mahkamah. Kes itu terbongkar selepas isteri Chang menghubungi polis Ogos tahun lalu apabila mendapati ibu mentuanya terlantar akibat penyakit kencing manis mati di apartmen mereka di utara Taiwan. Polis menemui mayat wanita tua itu yang berat kurang daripada 30 kilogram dan berulat di dalam bilik penuh dengan sampah.

Pakar koroner menganggarkan wanita berusia 53 tahun itu mati lebih seminggu dan dia tidak makan sekurang-kurangnya lima hari sebelum mati.
Media tempatan melaporkan Chang menghabiskan kebanyakan masanya bermain permainan komputer di kafe siber dan tidak menghiraukan ibunya yang sakit walaupun mereka tinggal sebumbung.

Kes penderaan dan mengabaikan warga tua makin meningkat di Taiwan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia mendorong kerajaan membentuk undang-undang untuk mememenjarakan individu yang gagal menjaga ibu bapa masing-masing.
Penduduk yang berusia 65 tahun dan ke atas mewakili 10.7 peratus daripada 23 juta penduduk Taiwan, melebihi 7 peratus daripada kategori ‘negara berpenduduk tua’ yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

eddie berkata...

macam2 hal...inilah dinamakan naka derhaka..langsung xjaga ibubapa

artikel menarik pasal boleh disini


Jumaat, Ogos 02, 2013

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved