Hamburger pertama sel lembu RM1j

on 06 Ogos 2013

London: Untuk sebuah hamburger bernilai AS$332,000 (RM1 juta) anda juga mungkin mengharapkan hidangan sampingan lain. Tetapi ini bukan burger biasa.
Dalam satu majlis promosi awal di London semalam, beberapa saintis menyediakan hamburger pertama yang dihasilkan dari dalam makmal menggunakan sel lembu.

Hidangan itu dihasilkan selepas sekumpulan saintis dari Universiti Maastricht di Belanda menghabiskan masa lima tahun untuk penyelidikan.
Seorang daripada anggota penyelidik itu, Mark Post berkata, mereka berharap pada satu hari nanti penghasilan daging dari makmal dapat mengatasi krisis makanan serta mengatasi masalah perubahan cuaca. “Walaupun daging burger ini dihasilkan di dalam makmal, ia tetap mempunyai rupa, bentuk dan rasa seperti daging biasa,” kataya. Daging burger itu dicipta menggunakan sel otot dua jenis lembu organik dan dimasukkan cecair nutrien untuk membantu pembentukan tisu otot.

Sel itu kemudian berkembang membentuk cebisan daging.

Untuk mendapatkan sekeping daging burger seberat 140 gram, hampir 20,000 cebisan diperlukan. - AP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved