Gadis hilang lebih sebulan

on 23 Ogos 2013

Kuala Lumpur: Seorang ibu merayu anaknya pulang ke rumah selepas menghilangkan diri lebih sebulan lalu dari rumah mereka di Taman Puchong Permai.
Gadis berkenaan, Nurul Syuhida Ramli Li, 20, yang bekerja di sebuah kedai makanan segera keluar dari rumah pada 9 Ogos lalu kira-kira jam 3 pagi.

Ibu mangsa, Siti Khatijah Abdullah, 49, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu menghilangkan diri ketika dia sekeluarga sedang tidur.
Katanya, pada kira-kira jam 4 pagi, dia tersedar dan melihat anaknya sudah hilang dari bilik tidurnya sebelum mencarinya di dalam rumah dan kawasan sekitar.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit anak saya tetapi gagal selepas talian ditutup. Selepas sehari tidak pulang, saya membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong.

“Hingga kini saya tidak tahu di mana lokasi anak saya tinggal,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dia cuba mencari anaknya di tempat kerja dan rumah kawan termasuk bekas teman lelaki, namun diberitahu tidak pernah berhubung dengan anaknya sejak sebulan lalu.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved