Didakwa curi beg ibu

on 21 Ogos 2013

Kota Bharu: Seorang pengawal keselamatan sebuah hospital dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana mencuri sebuah beg mengandungi pelbagai barang kemas milik ibunya sendiri bernilai RM45,000 minggu lalu.
Tertuduh, Khairul Ihsan Mohamed Razman, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang mahkamah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, Khairul didakwa mencuri beg tangan mengandungi pelbagai barang kemas termasuk tujuh rantai, 12 gelang dan 18 cincin dianggar bernilai RM45,000 di rumah beralamat Lot 2030, Jalan Wakaf Stan, Kampung Wakaf Stan di sini pada jam 1.30 tengah hari, 8 Ogos 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Md Zukri memohon mahkamah membenarkan hanya ibu tertuduh menjadi penjamin kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan jaminan paling minimum.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 September depan untuk sebutan semula kes.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved