Dicekup leka main ‘mesin monyet’

on 14 Ogos 2013

Seremban: Gara-gara asyik bermain ‘mesin monyet’, lima kaki judi yang leka bertaruh sehingga tidak menyedari kehadiran polis, diberkas dalam Ops Mesin Judi, di Wisma Puncak Emas, Jalan Yam Tuan di sini, semalam.
Dalam operasi antara jam 8 hingga 10 malam yang disertai lebih 10 anggota dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, empat lelaki dan seorang perempuan ditahan berhubung aktiviti itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, pihaknya turut merampas 25 mesin yang digunakan untuk aktiviti perjudian dan wang tunai RM2,806.
Katanya, premis terbabit sebelum ini pernah diserbu pihak berkuasa namun kedegilan pemilik menghentikan aktiviti terbabit menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil tindakan tegas.

“Dalam operasi ini, kami (polis) menahan lima kaki judi berusia antara 20 hingga 40 tahun yang tidak serik-serik bertaruh mesin monyet,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001).
Jika sabit kesalahan, pemilik boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved