‘Dia ugut nak tembak saya’

on 07 Ogos 2013

Shah Alam: Seorang penolong pengurus pembekal pekerja warga asing kini dihantui kebimbangan selepas menerima ugutan bunuh daripada pemilik sebuah syarikat lain yang menggunakan khidmat syarikatnya bagi menguruskan sebuah projek di Cameron Highlands, Pahang.
Ugutan itu timbul selepas mangsa meminta bayaran kerana syarikat terbabit gagal menjelaskan tuntutan seperti dijanjikan berhubungan pengambilan pekerja asing daripadanya selain gagal mengembalikan semula pekerja yang diambil daripada mangsa.

Ekoran itu, mangsa yang berusia 36 tahun itu kini ‘tidak tidur malam’ terutama selepas lelaki berkenaan mendakwa dia memiliki senjata api selain melakukan serangan terhadap pekerjanya di sebuah restoran di Ringlet, Cameron Highlands Jumaat lalu.
“Dengan beberapa kejadian tembak yang dilaporkan kebelakangan ini dan dakwaan dia akan menembak dan memotong saya, saya kini menjadi semakin risau dan laporan mengenai ugutan itu sebenarnya sudah dibuat di Balai Polis Sungai Buloh pada 4 November 2012.

“Saya mengenali lelaki itu pada 2012 selepas dia mendapatkan khidmat pekerja saya, namun selepas itu dia gagal melunaskan bayaran menyebabkan saya membuat tuntutan.

“Dulu mungkin saya kurang peduli dengan amaran itu, namun dengan tindakannya yang berterusan, saya mula bimbang,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di Balai Berita 2 (BB2) di sini semalam.
Foto
MANGSA menunjukkan bibirnya yang luka dibelasah.
Katanya, tindakan lelaki itu menyebabkan dia terpaksa berpindah rumah di Selangor, namun lelaki berkenaan terus memburu dan mencarinya dengan bertanyakan alamat kepada pekerjanya di Cameron Highlands.

“Saya rasa lelaki itu berniat jahat kerana ada ketikanya mengupah beberapa lelaki pergi ke pejabat saya di Cameron Highlands dan turut memukul pekerja saya dengan kayu serta buku lima selain melarikan wang tunai RM6,200 dan telefon bimbit pekerja saya,” katanya.
Ekoran kejadian itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Brinchang, kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu lalu.

Mangsa kejadian itu yang berusia 31 tahun turut hadir di Balai Berita 2, Shah Alam, di sini memberitahu kumpulan berkenaan bertanyakan lokasi majikannya dan mencekik leher menyebabkan dia mengucap dua kalimah syahadah.

“Seorang daripada mereka cukup biadab apabila berkata, ‘bila nak mati sebut nama Tuhan, sekarang panggillah Tuhan kamu tolong menyebabkan seorang lagi pekerja yang ada di situ melawan dan menolak lelaki itu serta meminta agar dia tidak mempersendakan syahadah yang dilafazkan,” katanya.

Katanya, dia turut ditumbuk bertubi-tubi di kepala dan badan dan diheret keluar dari rumah sebelum dibawa menaiki sebuah kereta, namun berjaya melarikan diri. Polis tiba di tempat kejadian menyebabkan suspek turut sama melarikan diri.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved