Derita berganda

on 28 Ogos 2013

Kajang: Seorang wanita yang berdepan kesukaran hidup kerana terpaksa menjaga suaminya yang menghidap penyakit angin ahmar dan anak lelaki yang koma akibat jangkitan kuman tibi, bertambah derita apabila wang dan barang kemas miliknya dicuri.
Kecurian itu berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 13 Julai lalu ketika wanita berkenaan, Salmah Othman, 54, berada di hospital itu untuk menjaga anak lelakinya, Indra Shaharuddin, 30.
“Saya kerugian lebih RM20,000. Itulah saja harta yang saya ada dan amat menyedihkan kerana wang itu untuk menampung kos perubatan suami dan anak saya,” katanya sambil memberitahu laporan kejadian itu sudah dibuat Balai Polis Dang Wangi, di sini, pada hari sama.

Salmah berkata, dia kini ibarat jatuh ditimpa tangga kerana terpaksa menjaga suami dan anak lelakinya yang sakit kronik serta pada masa sama perlu mencari wang bagi menampung kos rawatan mereka.
Foto
SALMAH menjaga anaknya yang terlantar sakit.

Menurutnya, Indra, anak keempat daripada tujuh beradik, sudah empat bulan tidak sedarkan diri manakala suaminya, Shaharuddin Kasim, 58, diserang angin ahmar menyebabkannya lumpuh separuh badan sejak empat tahun lalu.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved