Dadah dalam tuala wanita

on 03 Ogos 2013

Jakarta: Seorang wanita China ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas pihak berkuasa menemui lebih 750 gram serbuk methamphetamine disembunyikan dalam tuala wanitanya.
Wanita yang dikenali sebagai LZ itu ditahan baru-baru ini selepas polis China memberi maklumat kepada pihak berkuasa Indonesia mengenai seorang wanita dari Hong Kong cuba menyeludup dadah ke negara terbabit. 
Pegawai kastam memberkas suspek selepas menyedari dia tiba di Indonesia dengan visa kerja sebanyak tiga kali tahun ini. 

Mereka kemudian memeriksanya dan menemui 757 gram serbuk meth disembunyikan dalam tiga tuala wanita, kata jurucakap agensi |narkotik Indonesia.

“Pada mulanya kami memeriksa bagasinya tetapi tidak menemui apa-apa.

“Selepas itu kami memeriksa pakaian serta tubuhnya dan kami menemui dadah berkenaan dalam tuala wanita yang digunakannya. 

“Suspek memberitahu kastam bahawa dia bekerja sebagai ‘penghibur’ di kelab malam di Jakarta Barat. 

“Kami kini cuba untuk membongkar ke mana atau kepada siapa dadah itu hendak diserahkan,” katanya. 

LZ menghadapi tuduhan melakukan pelbagai kesalahan dadah yang membawa hukuman mati. - Agensi
sumber : mymtro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved