Cekik anak lepas gaduh dengan adik ipar

on 19 Ogos 2013

Batam: Seorang wanita, Tiner Lina Silapabn, 39, ditangkap selepas dia mencekik hingga mati anaknya, Aris yang berusia enam tabun.
Setakat ini, polis masih belum dapat memastikan motif wanita berkenaan. 
Bagaimanapun, menurut beberapa penduduk, Tiner mengamuk dan memekik sepanjang pagi semalam, dipercayai selepas bergaduh dengan adik iparnya, Marsaulina. Mereka tinggal serumah sementara suami Tiner belayar. 

Marsaulina dikatakan meninggalkan rumah itu selepas bergaduh tetapi Tiner melepaskan geramnya kepada anak bongsunya, Aris, dengan mencekik kanak-kanak berkenaan hingga mati.

Wanita berkenaan masih mengamuk seperti orang hilang akal ketika polis tiba.

Untuk mententeramkannya, polis terpaksa meminta bantuan tujuh orang untuk mengikat Tiner selepas dia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengamuk. - AFP 
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved