Budak bunuh penjaga

on 25 Ogos 2013

Slaughter: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sengaja menembak dan membunuh penjaganya, wanita tua berusia 90 tahun selepas bermain permainan video ganas.
Syerif di East Feliciana Parish tidak menyebut mengenai motif pembunuhan itu. 
Bagaimanapun, menurut mereka, kanak-kanak berkenaan bermain ‘Grand Theft Auto IV,’ permainan video yang menggalakkan keganasan dan memberi markah kepada mereka yang membunuh watak di dalamnya, beberapa minit sebelum dia menembak mati wanita berkenaan. 

Jurucakap polis berkata, identiti kanak-kanak dan mangsa tidak didedahkan bagi melindungi identiti juvana terbabit.
Foto
BABAK dalam permainan video Grand Theft Auto IV.

Pejabat syerif berkata, walaupun kanak-kanak itu memberitahu dia menembak mangsanya secara tidak sengaja, bukti yang ada mendorong penyiasat percaya dia sengaja melakukannya dengan menembak belakang kepala mangsa ketika wanita itu menonton televisyen.

Pihak berkuasa berkata, mangsa dan kanak-kanak berkenaan mempunyai talian keluarga. Kanak-kanak berkenaan tidak ditahan, sebaliknya diserahkan semula kepada ibu bapanya. 

Undang-undang Louisiana melarang pihak berkuasa mendakwa kanak-kanak dengan tuduhan jenayah kerana faktor usia. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved