Bergayut di kabel untuk ‘berkorban’

on 13 Ogos 2013

Ayutthaya: Seorang lelaki yang memanjat menara elektrik bervoltan tinggi sebelum menyambar kabel elektrik dengan kuasa 230,000 voltan dan bergayut di situ selama empat jam sebelum dia dipujuk untuk diselamatkan semalam.
Boonsong Thooksing, 50, memberitahu orang yang lalu lalang di situ dia bergaduh dengan penduduk di kampungnya di Chiang Rai. Kata Boonsong, perbuatannya bergayut pada kabel di menara elektrik dekat daerah Bang Pa-in itu sebagai pengorbanan terhadap penduduk berkenaan. 
Pihak berkuasa agensi penjana elektrik di Thailand menutup bekalan elektrik di lokasi berkenaan sebelum menghantar kakitangan mereka bersama peralatan lengkap untuk membantu menurunkan lelaki terbabit. 

Mereka cuba menggunakan tali dan kapi untuk menyelamatkan Boonsong. Bagaimanapun, lelaki itu terlepas genggamannya separuh jalan ke bawah dan terjatuh ke dalam sawah padi.
Foto
Boonsong yang bergayut di kabel elektrik, semalam sebelum diselamatkan.

Boonsong memberitahu petugas penyelamat bahawa dia “sangat keliru.” - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved