Anjing baham kemaluan

on 25 Ogos 2013

London: Seorang bekas anggota Parlimen Lembit Opik terpaksa menjalani pemeriksaan selepas kemaluannya dibaham seekor anjing.
Opik yang juga bintang siri I’m a Celebrity memberitahu, serangan itu membuat dia kesakitan. Kejadian berlaku ketika dia menjadi hakim satu pertunjukan untuk membantu ‘Anjing Pengiring,’ minggu lalu.

Opik, 48, berkata, dia tidak menyangka seekoran anjing yang menerkamnya pada acara itu juga akan menggigit kemaluannya.
Seorang rakan memberitahu: “Opik memerlukan pemeriksaan di khemah perubatan di acara itu. Dia kehilatan sakit dan sukar berjalan. Dia berharap kejadian itu tidak akan menyebabkan kerosakan kekal pada kemaluannya.

“Bagaimanapun, dia tidak berhasrat untuk terus menjadi hakim dalam acara pertunjukan anjing dan yakin kejadian serupa itu tidak akan berulang.” Opik yang gagal mempertahankan kerusi Parti Liberal Demokratiknya pada 2010 pernah dipatuk seekor ular pada November 2010. Mujur ular itu memetuk jarinya saja dan keadannya tidak terjejas selepas dia menyapu krim antiseptik pada jari berkenaan. -Agensi
Foto
OPIK dengan seekor anjing lain di acara itu.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved