‘Ajar’ anak angkat tak kencing atas tilam sampai mati

on 06 Ogos 2013

Riyadh: Seorang lelaki Saudi mendera anak angkatnya sehingga mati hanya kerana mahu mengajar budak berusia lima tahun itu supaya tidak kencing di atas tilam.
Doktor di sebuah hospital di Riyadh berkata, budak terbabit meninggal dunia akibat pendarahan dalaman, kecederaan parah pada kepala serta kesan lecur serius di seluruh badan. Akhbar harian al-Saudeh melaporkan semalam, lelaki terbabit mengambil mangsa sebagai anak angkat kerana dia tidak mempunyai zuriat.

Lelaki itu kini didakwa mendera dan membunuh. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved