30 tahun dikurung

on 25 Ogos 2013

Beijing: Seorang lelaki tidak siuman dikurung oleh ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.
Dong Hai, 46, dikurung dalam pondok batu berukuran lima meter persegi di belakang kediaman ibu bapanya selepas mereka bimbang dia akan mencederakan orang lain.
Dong Watou dan isteri Xiao Hong dari Longhai di wilayah Fuji, tenggara China berkata, mereka merayu beberapa hospital untuk mendapatkan bantuan apabila anak tunggal mereka itu semakin agresif kerana masalah mental.

Usaha mereka bagaimanapun tidak mendapat layanan dan pasangan itu terpaksa menghabiskan sejumlah besar wang untuk merawat Hai dalam masa setahun.
Foto
HAI tidak pernah melihat dunia luar sejak lebih 30 tahun lalu.

Selepas puluhan tahun menghentikan rawatan itu kerana masalah kewangan, pasangan yang sudah berusia 70 tahun itu semalam menyuarakan kebimbangan mengenai nasib yang akan menimpa Hai pabila mereka mati kelak.

Keadaan keluarga itu bertambah teruk apabila kerajaan mengambil tanah di kampung mereka untuk projek pembangunan hartanah, menyebabkan pasangan itu hilang punca pendapatan.

Kini mereka melakukan pelbagai kerja untuk menampung kehidupan. -Agensi
sumber ; mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved