2 bulan tinggal di KFC

on 24 Ogos 2013

Beijing: Seorang ibu muda dan anaknya yang berusia sembilan bulan tinggal di sebuah restoran KFC di Beijing sejak dua bulan lalu.
Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Xiaoshan berkata, dia memilih restoran berkenaan kerana ia dibuka 24 jam sehari dan tidak diusir pekerja.

Seorang pekerja restoran yang enggan dikenali mengesahkan mereka tidak menghalau pelanggan walaupun mereka duduk sepanjang malam.
Xiaoshan dikatakan memperoleh 30 hingga 40 yuan dengan menjaja sebelah malam. Dia juga memperoleh wang tambahan menerusi derma daripada pelanggan restoran berkenaan.

Menurut laporan, wanita itu diusir oleh keluarganya kerana melahirkan anak luar nikah. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved