William, Kate dapat anak lelaki

on 24 Julai 2013

London: Dunia semalam menanti untuk melihat kali pertama pewaris baru takhta Britain yang belum diberi nama selepas isteri Putera William Kate melahirkan anak lelaki.
Perutusan tahniah dari seluruh dunia mencurah untuk Duke dan Duchess of Cambridge itu berikutan kelahiran bayi itu yang menduduki tangga ketiga senarai pewaris takhta Britain.

Kelahirannya diraikan dengan penghormatan tembakan meriam di seluruh London.
“Tidak ada yang lebih menggembirakan,” kata William dan isterinya, masing-masing 31, selepas kelahiran anak pertama mereka, bayi lelaki sihat yang seberat 3.8 kilogram di Hospital St Mary, London, petang Isnin (awal pagi Selasa waktu Malaysia).

Kate memang mengharapkan anak lelaki. Dia pernah memberitahu seorang anggota pada perbarisan Hari St Patrick Mac lalu: “Saya inginkan lelaki. William nak perempuan.” 
Foto
PETUGAS khas, Tony Appleton mengumumkan kelahiran bayi pasangan diraja di luar Hospital St Mary, di London kelmarin.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isteri Michelle mengetuai orang kenamaan antarabangsa mengucapkan tahniah. 
Kelahiran itu turut diraikan di sebahagian besar negara anggota Komanwel, khususnya Kanada, Australia dan New Zealand, Bayi itu satu hari nanti juga akan menjadi raja di negara berkenaan.

Orang ramai semalam berkumpul di luar Lindo Wing di Hospital St Mary, tempat sama William dilahirkan pada 1982, dengan harapan untuk melihat kali pertama bayi berkenaan.

Pembantu istana berkata, pasangan itu dan doktor mereka akan memutuskan bila mereka akan meninggalkan hospital itu.

Bayi itu masih belum diberi nama tetapi George dan James, nama tradisi yang dimiliki kebanyakan raja Britain sebelum ini, muncul sebagai ‘pilihan utama’ di kalangan penjudi.

Bagaimanapun, mereka perlu menanti seminggu lalu sebelum William memberi nama anaknya itu. Bapa William, Charles, mengambil masa sebulan untuk menamakan William pada 1982.

Bayi itu dengan gelaran Yang Teramat Mulia Putera (nama) of Cambridge, akan berada dalam senarai pewaris takhta di belakang datuknya, Charles, dan bapanya, William. - Daily Mail
sumber :mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved