Upah budak jual VCD

on 10 Julai 2013

Kota Bharu: Ada peniaga cakera padat video (VCD) cetak rompak di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, di sini, sanggup mengupah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bekerja di gerai jualan demi mengelak daripada ditahan ketika serbuan pihak berkuasa.
Ini terbukti apabila serbuan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan di pasar borong itu, malam kelmarin mengesan taktik digunakan itu.

Difahamkan, selain menjaga gerai jualan, kanak-kanak itu ditugaskan mengambil VCD yang dipesan pelanggan, di tempat tersorok seperti di dalam kenderaan sebelum menghantarnya kepada pelanggan yang menunggu di gerai.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI Ramly Che Hussain berkata, tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana kanak-kanak di usia semuda itu sepatutnya belajar dan bukannya menjual VCD cetak rompak.

“Dalam operasi bersepadu yang dijalankan MPKB-BRI bersama PPDNKK di Pasar Borong Wakaf Che Yeh ini kami mengesan seorang peniaga VCD yang mengupah kanak-kanak berusia 12 tahun sebagai pekerja selepas memeriksa tiga gerai jualan VCD cetak rompak.

“Kami merampas 308 keping VCD cetak rompak dan dirujuk kepada PPDNKK untuk tindakan selanjutnya mengikut Akta Perihal Dagangan 1972,” katanya.
Menurut Ramly, dalam operasi sama, pihaknya menyerbu dua gerai yang menjual pakaian sukan tiruan dan menyitanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved