Tunang orang patah paha

on 23 Julai 2013

Kuantan: “Saya melihat motosikal yang ditunggang dengan laju itu cuba mengelak lembu yang tiba-tiba melintas. Ia menyebabkan motosikal itu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta Perodua Viva di belakang saya selepas bergesel dengan motosikal yang saya naiki bersama tunang.
“Ia menyebabkan saya gagal mengawal motosikal dan terbabas di tepi jalan sehingga mengakibatkan kami nyaris melanggar pokok,” kata Shahrul Izwandy Redzuan, 23, yang cedera dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 15, Jalan Kuantan-Cherok Paloh dekat Pantai Sepat, di sini, malam kelmarin.
Kejadian yang berlaku jam 8 malam itu menyebabkan seorang pemuda Orang Asli, Yus Kamarul a/l Kadir, 20, maut manakala rakannya, Amrie a/l Manan, 16, serta tunang Shahrul, Mazura Azina Ahmad, 22, cedera parah.

Shahrul berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke rumah tunangnya di Cherok Paloh.
Foto
REMAJA Orang Asli memangku mayat Yus Kamarul di Pantai Sepat, semalam.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, dia melihat sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang Yus Kamarul bersama Amrie sedang berlumba dengan sebuah lagi motosikal dinaiki dua lelaki dari arah Cherok Paloh menghala ke Kuantan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved