Terlalu gemuk untuk New Zealand

on 28 Julai 2013

Wellington: Seorang lelaki obese Afrika Selatan diberitahu dia terlalu gemuk untuk tinggal di New Zealand walaupun sudah turun 30 kilogram sejak berpindah ke negara itu enam tahun lalu.
Albert Buitenhuis yang kini seberat 130 kilogram dan isterinya, Marthie berkata, mereka berdepan diusir selepas permohonan untuk memperbaharui visa kerja mereka ditolak kerana berat badan Buitenhuis. 
Imigresen New Zealand (INZ) menegaskan penilai perubatan negara itu memutuskan Buitenhuis tidak ‘mencapai standard kesihatan yang ditetapkan negara itu.” 

Pasangan itu berkata, mereka berpindah dari Afrika Selatan ke Christchurch di Pulau Selatan enam tahun lalu ketika berat badan Buitenhuis 160 kilogram dan visa kerja tahunan diperbaharui tanpa sebarang masalah.

“Kami membaharui visa setiap tahun dan tiada isu timbul selama ini.
“Mereka tidak pernah menyebut mengenai berat Buitenhuis atau kesihatannya walaupun ada ketikanya dia lebih berat berbanding mula datang,” kata Marthie 

“Tetapi apabila beratnya makin berkurangan berbanding kali pertama kami tiba di New Zealand dan juga turut berkurangan pada pemeriksaan perubatannya yang pertama, ia dianggap sebagai gemuk melampau oleh pihak imigresen dan visa kami tidak diperbaharui,” katanya. 

Sementara itu, jurucakap INZ berkata, permohonan visa Buitenhuis ditolak kerana kegemukannya menyebabkan dia berdepan “risiko ketara” termasuk terdedah kepada penyakit diabetes, darah tinggi, penyakit jantung dan pelbagai penyakit lain. 

“Mereka yang datang ke sini untuk bekerja perlu mempunyai tahap kesihatan yang ditetapkan bagi meminimumkan kos dan tuntutan perkhidmatan kesihatan New Zealand,” katanya. 

Laporan OECD baru-baru ini menyenaraikan New Zealand sebagai negara maju ketiga paling ramai penduduk obese selepas Amerika Syarikat dan Mexico. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved