Terjun tebing 30 meter

on 14 Julai 2013

London: Seorang ibu meletakkan anaknya di bahu sebelum melompat dari tebing setinggi 30 meter, semalam.
Sebelum itu, Katerine Hooper dipercayai mencampak anak bongsunya Samuel yang baru berusia dua tahun dari tempat sama.

Menurut saksi, Katerine, 24, kemudian meletakkan Joshua - berusia lima tahun ke bahunya dari tebing batu granit di Dartmoor, Devon.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.50 pagi.

Sejurus selepas dimaklumkan, ambulans udara dikejarkan ke situ tetapi pihak perubatan mengesahkan Katerine dan anaknya meninggal dunia. Sementara itu, rakan Katerine berkata, ibu muda itu menghadapi masalah dengan bapa kepada dua anaknya, Neil Patterson, 54. Katerine pernah dilaporkan hilang pada April lalu sehingga mendorong polis memperoleh arahan mahkamah untuk membolehkan pihak berkuasa mengetahui lokasinya.

Kata sumber, Katherine dipercayai melarikan diri daripada Patterson.
Foto
KATHERINE bersama Samuel dan Joshua di kediaman mereka.
Wanita itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah padang dua hari kemudian. Jiran tetangga Katerine di Paignton berkata, wanita itu mula membina hidup baru dan “takut” dengan apa yang sudah berlaku. Johnathan Grant berkata, Katherine dan Patterseon berdepan kes mahkamah bulan depan ekoran “konflik” di antara kedua-duanya yang hidup bersama selama sembilan tahun.

“Sejak itu Kat mengalami kemurungan yang kronik,” katanya.
Menurut Grant, Samuel sepatutnya memulakan hari pertamanya di pusat jagaan kanak-kanak kelmarin. Katanya, dua beradik itu sangat baik dan mereka sering bermain dengan anak perempuannya.

Katherine dipercayai mendapatkan semula dua beradik itu selepas mereka diletakkan di bawah jagaan petugas khidmat sosial dan berpindah semula ke kediaman keluarga dua minggu lalu. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved