Sorok senjata api dalam kemaluan

on 12 Julai 2013

Oklahoma City: Seorang wanita dihukum penjara 25 tahun selepas disabitkan kesalahan menyorok senjata api dalam kemaluannya, selain dadah di dubur.
Selepas tuduhan dibicarakan, Christie Harris mengaku bersalah pada minggu lalu.

Keputusan penghakiman dibacakan kepada tertuduh semalam.
Christie didakwa menyorokkan methamphetamine - juga dikenali sebagai ice dengan niat mahu mengedarnya.

Dia juga dituduh menyembunyikan sepucuk pistol revolver dalam kemaluannya. Christie ditahan pada Mac lalu selepas seekor anjing pengesan membawa polis ke kereta dipandunya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa jenis dadah dan sepucuk pistol separa automatik. Ketika dijel, Christie enggan melondehkan seluar dalamnya untuk membolehkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan bahan larangan.
Dokumen mahkamah menyatakan, Christie memberitahu dia ketika itu datang bulan.

Bagaimanapun, Christie akhirnya mengalah dan ia membolehkan pegawai pemeriksa yang bertugas melihat “objek kayu dan logam” terjulur dari kemaluan suspek. Apabila diperiksa, objek itu ialah sepucuk pistol revolver. Pegawai bertugas turut menemui dua pek berisi sejumlah besar bahan kristal yang didapati kemudian sebagai ice. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved