Serang polis guna pisau

on 28 Julai 2013

Subang Jaya: Seorang lelaki ditahan ketika menyerang polis dengan sebilah pisau di SS14, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.45 malam, lelaki berusia 28 tahun itu yang memiliki dokumen pengenalan diri sementara dari Tawau, Sabah, cuba melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, orang awam yang menyedari kejadian itu melaporkan kepada polis sebelum anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, lelaki itu cuba menyerang anggota URB untuk melarikan diri, namun ditahan dengan kerjasama orang awam di lokasi kejadian.

Sebelum kejadian, suspek menunggang motosikal dari Damansara sebelum memecah masuk kediaman berkenaan dengan mengumpil pintu belakang.

“Pemeriksaan mendapati lelaki itu mencuri sebuah televisyen dan peralatan audio sebelum keluar dari kediaman terbabit,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved