RM5.6j untuk bebas amah

on 23 Julai 2013

Jakarta: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dihukum mati kerana membunuh majikannya di Arab Saudi mungkin terselamat apabila kerajaan membayar wang darah AS$1.87 juta (RM5.94 juta) kepada keluarga mangsa.
“Peguam kami dan keluarga mangsa sudah berbincang mengenai ‘diyah’ (ganti rugi dalam bentuk wang) dan keputusan akan diketahui Ogos ini,” kata Ketua Agensi Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Jumhur Hidayat.

Pembantu rumah, Satinah Binti Jumadi Ahmad dari Ungaran, Jawa Tengah berdepan dengan hukuman mati kerana membunuh majikannya, Nura al-Garib dan melarikan diri bersama wang tunai milik mangsa berjumlah AS$10,000 (RM31,805) pada 2007.
Satinah mengaku membunuh Nura tetapi mendakwa ia kemalangan. Dia mendakwa Nura cuba menghentak kepalanya pada dinding tetapi dia sempat mencucuk leher mangsa dengan benda tajam.

Menurutnya, dia hanya cuba mempertahankan diri. Satinah juga mendakwa dia didera dan dicaci selama beberapa bulan oleh Nura.

Kedutaan Indonesia di Riyadh berusaha mendapatkan pengampunan Satinah sejak 2007, termasuk berbincang dengan keluarga mangsa mengenai pembayaran wang darah.
Raja Arab Saudi, Abdullah bersetuju menangguhkan hukuman mati Satinah pada 2010 untuk membolehkan kerajaan Indonesia mendapatkan pengampunan daripada keluarga mangsa. Keluarga itu dilapor menuntut sebanyak AS$2.67 juta (RM8.49 juta) pada 2011.

“Persertujuan hampir tercapai. Kita melaksanakan segala yang terdaya untuk menyelamatkan Satinah,” kata Jumhur.
1.5 juta warga Indonesia bekerja di Arab Saudi, kebanyakan sebagai buruh dan pembantu rumah.

Sehingga 2012, terdapat 45 di kalangan mereka menanti hukuman mati di negara itu.

Pada 18 Jun 2011, seorang pembantu rumah, Ruyati, dipenggal kerana membunuh majikannya, menyebabkan kerajaan Indonesia menghentikan buat sementara penghantaran pembantu rumah ke Arab Saudi. - Agensi
sumber : mymetro 
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved