Riwayat amuk di tokong

on 02 Julai 2013

Georgetown: Seorang lelaki yang mengamuk di sebuah tokong berakhir dengan tragedi apabila dia menembak dirinya dalam kejadian di bawah Pangsapuri Taman Sri Bunga, Jalan Perak, Jelutong di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.10 petang itu, Goh Kim Leong, 50, mati selepas melepaskan satu das tembakan di sebelah kanan kepalanya sebelum rebah berhampiran tokong berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, sebelum kejadian mangsa meminta anak lelakinya yang berusia 22 tahun menghantarnya ke kawasan perumahan itu.

“Sejurus tiba di tingkat bawah flat itu, mangsa terus menuju ke kawasan tokong berkenaan dan ketika itu ada empat lelaki sedang berehat dan minum di situ.
Foto
SEPUCUK pistol semi auto ditemui pada mayat lelaki.

“Bagaimanapun, mangsa secara tiba-tiba mengamuk dan memarahi empat lelaki terbabit selain menyuruh mereka keluar dari kawasan tokong berkenaan,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved