Rela diliwat takut kena belasah

on 10 Julai 2013

Dubai: Seorang banduan didakwa meliwat tahanan lain di Penjara Pusat Dubai selepas diugut akan dipukul serta dihina.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Jenayah Dubai semalam, pendakwa berkata, pentadbiran penjara mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan beberapa banduan. Ketika disoal, mangsa menafikan kejadian itu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit akhirnya mengaku terpaksa membiarkan dia diliwat kerana takut dibelasah. Sementara itu, tertuduh berkata, walaupun mengakui melakukan perbuatan berkenaan, dia tidak sepatutnya dihukum.
“Adakah anda akan mendakwa saya apabila semua banduan meliwat lelaki terbabit?” katanya.

Perbicaraan bersambung pada 22 Julai ini. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved