London: Seorang penunggang basikal tertusuk ranting kayu sepanjang 38 sentimeter di lehernya.
Kejadian berlaku selepas Adrian Wood, 34, terjatuh ketika menunggang basikal.
Ranting itu tertusuk pada vena jugular, peti suara dan esofagus bapa dua anak itu.
Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.
Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.

Bagaimanapun, pakar bedah berjaya membuang ranting itu dalam pembedahan yang memakan masa lima jam.
Wood kini semakin pulih dan berharap dapat pulang ke rumahnya tidak lama lagi.
“Saya akan menunggang semula secepat mungkin. Dan saya akan menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan,” katanya. - Agensi
sumber : mymetro
{ 0 komen... read them below or add one }
Catat Ulasan