Peniaga telur disuntik dadah

on 16 Julai 2013

Rembau: Seorang peniaga telur ayam di Kampung Chengkau mendakwa kerugian RM9,000 akibat disamun, selain bengkak di kepala serta disuntik dadah oleh penjenayah menyebabkan dia gagal mengingati perkara berlaku.
Sumber polis berkata, mangsa berusia 43 tahun itu mendakwa disamun ketika di Kuala Lumpur selepas selesai urusan jual beli telur di Kuala Pilah, Sabtu lalu.

Begitupun, katanya polis masih menunggu laporan perubatan, selain akan merakam keterangan mangsa yang masih dalam keadaan separuh sedar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Menurut sumber, sebelum mengetahui keadaan mangsa, isterinya berusia 22 tahun membuat laporan polis mengenai kehilangan peniaga berkenaan sejak tengah hari Sabtu lalu.

“Pada jam 7 malam (hari kejadian), mangsa ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isteri memaklumkan dia tidak tahu di mana dia berada. “Bimbang dengan situasi itu, si isteri membuat laporan polis dan kira-kira jam 9 malam, mangsa sekali lagi menghubunginya dengan suara seperti menahan kesakitan dan meminta memasukkan wang lebih RM10,000 ke akaun bank,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan kes dalam siasatan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved