Pemindahan kepala manusia tidak mustahil

on 03 Julai 2013

Rome: Cara pembedahan pemindahan kepala Frankestein mungkin menjadi realiti selepas seorang saintis berkata, pembedahan pemindahan kepala manusia sepenuhnya kini boleh dilakukan.
Dalam dokumen yang diterbitkan baru-baru ini, Dr Sergio Canavero dari Turin Advanced Neuromodulation Group di Itali berkata, kemajuan dalam kejuruteraan sel membolehkan pakar bedah secara teori mencantumkan saraf tunjang.

Ini bermakna terdapat kemungkinan pembedahan pemindahan kepala penuh boleh dilakukan.
Cubaan seumpama itu pernah dilakukan pada 1970, menyaksikan kepala seekor monyet dipindahkan ke seekor monyet lain di makmal di Ohio, Amerika Syarikat. Walaupun monyet itu hidup selama lapan hari, ia tidak boleh menggerakkan leher kerana ‘akson’ dalam saraf tunjangnya tidak boleh dibaiki.

Canavero berkata, dia kini boleh melakukannya dengan menggunakan bahan kimia yang diberi nama ‘fusogen membran’ atau pelekat.

Sebahagian fusogen itu sudah biasa digunakan untuk membuat ubat atau digunakan dalam bidang industri pembuatan.
Bagaimanapun, menurut Canavero, masalah teknikal paling besar ialah untuk menyambung saraf tunjang penderma dengan penerima. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved