Pelayan dituduh perkosa pelancong remaja Norway

on 10 Julai 2013

Manila: Polis Filipina semalam berkata, mereka akan mendakwa seorang pelayan berusia 22 tahun atas tuduhan memperkosa pelancong remaja Norway berusia 15 tahun di pantai peranginan tempat suspek bekerja.
Suspek dikatakan memulakan perbualan dengan remaja itu lewat Jumaat lalu ketika mangsa bersendirian di kolam renang di pusat peranginan di wilayah Ilocos Norte, utara Filipina, kata Ketua Polis bandar Currimao Inspektor Kanan Ryan Retutar. 
Katanya, suspek kemudian menarik remaja terbabit dan membawanya ke kafeteria sebelum merogol mangsa. 

Mangsa melaporkan kejadian itu kepada ibu bapanya. Mereka menghubungi polis keesokan hari bersama kakitangan pusat peranginan itu yang menyerahkan suspek kepada pihak berkuasa.

Retutar berkata, suspek yang kini ditahan mendakwa mangsa adalah teman wanitanya.

Bagaimanapun mangsa menyangkal dakwaan itu dan mengatakan mereka baru berkenalan selama dua hari. 

Menurutnya, remaja terbabit menangis ketika menceritakan kejadian itu menerusi jurubahasa. 

Keluarga mangsa tiba di pusat peranginan berkenaan, kira-kira 380 kilometer ke utara Manila pada 29 Jun lalu dan bercadang menginap di sana hingga 17 Julai. 
Jika disabitkan, suspek berdepan hukuman penjara 40 tahun. - AP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved