Patah kaki, tangan rempuh lembu

on 27 Julai 2013

Kuala Terengganu: Angkara seekor lembu, seorang juruteknik mungkin terpaksa melupakan hasrat menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di rumah apabila dia patah kedua-dua belah tangan dan kaki kirinya akibat merempuh haiwan berkenaan di Kampung Ru Renggeh, Marang, di sini, kelmarin.
Mangsa, Abdul Hafiz Mohd Aluwi, 25, berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam, dia menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Padang Machang, Manir, di sini dan sebaik tiba di tempat kejadian, seekor lembu melintas menyebabkan dia tidak sempat membrek lalu merempuh haiwan itu.

“Saya tidak sempat membrek dan terus merempuh haiwan berkenaan sebelum tercampak lebih lima meter,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved